Ada perkara memang patut kita perjuangkan, dan ada perkara yang memang patut kita lepaskan.
Thursday, June 13, 2013 | Thursday, June 13, 2013 | 0 comments
holla holla holla .
hee . assalamualaikum guys. on june i mmg nk post byk2 cerita di amoy-aboulove.blogspot.com nihh . you all tak suka . you all punya pasal . skrg nih blog gueee :D !
entry kali nih pasal ada perkara mmg patut kita perjuangkan dan ada juga perkara yg mmg patut kita lepaskan :*
Cinta penuh dengan suka dan duka. Kadang berduka, kadang ketawa. Sukar sekali untuk menghuraikan makna cinta. Kerana cinta itu bukan dari kata-kata, tapi dari apa yang kita sendiri rasa.
Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Jika perpisahan itu yang ditakdirkan, kamu perlu redha. Berani jatuh cinta, bermakna, kamu juga perlu berani untuk melalui suka dan duka, serta kuat untuk melalui rasa hati yang sedang kecewa. Jika itu yang terjadi, teruskan hidupmu tetapkan hatimu. Usah menoleh lagi. Mungkin ada yang terbaik sedang menunggumu juga.
Berkorban hati dan perasaan di kala sedang hangat di lamun cinta sudah menjadi perkara biasa. Kerana cinta yang tidah halal, memang banyak ujiannya. Walau 1000 tahun pun kau mencintainya tanpa ikatan yang sah, itu juga tiada gunanya. Kerana cinta yang indah itu, adalah cinta selepas nikah. InshaAllah~ bahagia, tanpa ada istilah kecewa. :)
Sewaktu bercinta, banyak hati yang perlu di jaga. Kadang-2, terlalu menjaga hati orang, sampai hati sendiri dipersiakan. Tak rasa bersalahkah pada diri sendiri.? Lepaskanlah, lepaskan si dia yang bukan milikmu. Terimalah apa yang sudah ditakdirkan buat kita, dengan hati yang terbuka.
Berhenti memaksa dan mengkehendaki sesuatu itu berlaku mengikut apa yang kita inginkan. Kerana Allah Maha Mengetahui Segalanya. Suka atau duka, itu semua pilihan kita. Jangan sakiti hati sendiri, kerana terlalu ingin menjaga hati si dia yang tidak tahu menghargai!
sekian sajeee i nk updated :D . bybyeee -.-